Pages

Tuesday, February 19, 2013

Ketumbuhan (Tumor)

Ketumbuhan (Tumor) Boleh dihilangkan (dikecutkan) Tanpa Pembedahan Secepat 3 Bulan.


Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati berkepakaran dan berpengalaman lebih 1 dekad merawat masaalah Tumor atau ketumbuhan disebarang lokasi seperti: Fibroid, Cyst, Wart, Keloid dan seumpamanya boleh kecut tanpa pembedahan.Termasuk penyakit2 yg berkaitan seperti endometriosis,h/ Thyroidisme,breast tumordan sebagainya. menggunakan kaedah perubatan yg terbukti saintifik,berkesan dan selamat tanpa kesan sampingan.Kami tidak membuat dakwaan sekadar testimony yg boleh dieksploitasikan, atau jampi2 dan air yg ditulis ayat tertentu dgn dakwaan keterlaluan yang tidak saintifik atau Gimik semata2 .Perubatan yg diasaskan sebagai Homeopati di Germany oleh Prof. Samuel Hahnemann telah mengalami kemajuan pesat sejak lebih 200tahun lalu, oleh ramai pakar2 perubatan homeopati seluruh dunia. Begitu juga kaedah mengecutkan tumor ini telah diimprovisasikan sehingga mampu memberi kesan yg cepat dan sangat berkesan.Tujuan dituliskan nota ini adalah sebagai sebaran informasi ttg pengetahuan mengenai penyakit ketumbuhan (Tumor) dan Jasa kebaikan perubatan homeopati yang mampu menanganinya dgn mudah dan selamat sebagai Alternatif kepada Perubatan Konvensional yg byk menggunakan pembedahan.

Ketumbuhan Fibriod

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
 Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.

Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
 Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.
Kaedah Mengecutkan Fibroids
 Terdapat satu lagi alternatif bagi masaalah Fibroid atau ketumbuhan lain, yang agak popular namun tidak diterima oleh perubatan konvensional iaitu kaedah mengecutkan tumor menggunakan kaedah perubatan homeopati. Kaedah ini telah lama popular di luar negara seperti France, USA, U.K ,Russia, India, Pakistan dan kebanyakannya 99% berkesan dan tanpa kesan sampingan lebih-lebih lagi Homeopati memang  diiktiraf oleh W.H.O (pertubuhan Kesihatan Sedunia) sejak berdekad lamanya.Namun demikian kejayaan Homeopati di pinggirkan dan kurang publisiti kerana politik dalam perniagaan gedung-gedung Ubat Terbesar Dunia.Ini kerana kos menghasilkan ubat homeopati sangat rendah dan tidak menguntungkan. Ubat pencegahan Kanser Seperti Vit B17 yang sekarang ini sangat popular juga ditemui oleh pakar Homeopati.Walau apapun krisis diantara pengamal perubatan diseluruh dunia namun pesakit tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan, pesakit dan masyarakat awam sepatutnya mendapat maklumat secukupnya tentang kaedah rawatan yang boleh mereka harapkan seterusnya biarlah mereka sendiri yang membuat keputusan memilihnya.


DrAzman bersama Pengilang terbesar homeopati dunia dari Pakistan.

Pusat Pakar Homeopati Azbudi di Ipoh Perak.

Bersama Doctor2 Homeopati luar negara di satu konvensyen antarabangsa.

kedudukan Fibroids

ultrasound fibroids

fibroid myomektomi /hysterektomi

KANSER

INFORMASI DAN PELUANG PENYEMBUHANNYA

Penyakit Barah / Kanser

Apabila sel normal rosak atau tua, ia melalui apoptosis; sel barah, bagaimanapun, mengelak apoptosis.
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiagnosa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok dan mengunyah tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

 Mendiagnosis barah

Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.

Tanda dan simptom (kesan)

Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

Pencegahan dan pengesanan awal

Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).
Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.
Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.

Biopsi

Barah boleh disyaki oleh beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cepisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik.
Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang kala ini boleh dilakukan melalui prosedur biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah telah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.
Jenis biopsi bergantung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperi kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan pembedahan.

Saringan

Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah diadakan bagi mengesahkan diagnosa.
Saringan barah boleh memberikan diagnosa awal. Diagnosa awal mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan payu dara sendiri. Saringan melalui mammogram secara tetap mengesan tumor lebih awal daripada pemeriksaan sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara bersistematik kesemua wanita pertengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan melalui ujian darah okkult najis dan kolonoskopi, yang mengurangkan kedua-dua kejadian barah kolon dan kematian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan ujian lumuran Pap) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser. Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal. Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital (digital rectal exam) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA).
Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ia tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi timbul apabila ia tidak jelas samada kebaikan pembedahan. ujian PSA mungkin mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari rawatan seperti pembedahan atau radiasi.
Prosedur lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah prostat (biopsi prostat) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin menimbulkan([incontinence) (kencing tidak puas) dan lemah tenaga batin (erectile dysfunction) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin).
Sama juga, untuk barah payudara, terdapat kritikan kini bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah awal.
Barah pangkal rahim melalui ujian lumuran Pap mempunyai profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas (hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah untuk dilaksanakan.
Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu prosedur dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk menjalani penyaringan barah.
Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masalah yang sama. Terdapat risiko jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma - lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang berisiko.

Jenis Barah/Kanser

Sel barah dalam tumor merupakan descendant sel tunggal, walaupun selepas ia (metastasis). Dengan itu, barah dikelaskan menurut jenis asal sel dan lokasi sel.

Bentuk barah

Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.   Sel termasuk:
Barah utama, menurut lokasi di tubuh:

RAWATAN

Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nodus lympha berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.
Pada masa kini, cadangan rawatan bergantung menurut pola. Pola ini diguna-pakai hasil dari persidangan dua tahun sekali di St. Gallen, Switzerland yang membincangkan keputusan sebenar hasil kajian pelbagai pusat seluruh dunia. Bergantung kepada kriteria klinikal (usia, jenis barah, saiz, metastasis) pesakit dibahagikan kepada kes pesakit berisiko tinggi dan pesakit berisiko rendah yang menjalani rawatan yang berlainan. Senarai berikut merupakan himpunan kesemua kemungkinan:
  1. Selepas terapi mengekalkan payu dara (lumpectomi, quadrant-resection), risiko ulangan tempatan tinggi (high local recurrence risk) (~40%) dikurangkan melalui radiasi radiasi kepada payu dara
  2. Jika nod limpa positif, risiko kematian tinggi (30-80%) dikurangkan melalui rawatan systemik (samaada anti-hormon atau kemoterapi).
  3. bagi pesakit muda, rawatan systemik paling berguna adalah kemoterapi (biasanya regimen seperti terapi CMF, FAC, kemoterapi AC dan/atau taxol) dan sekarang regim TAC (Taxotere, Adriamycin, Cytoxan) yang diluluskan FDA atau FEC untuk 3 kitaran diikuti Taxotere untuk 3 kitaran.
  4. bagi pesakit berusia, terapi sistemik yang paling berguna adalah terapi anti hormon (tamoxifen, seumpama (analogues) GnRH)
  5. kemoterapi mempunyai kesan sampingan yang meningkat bagi pesakit berusia melebihi 65
  6. bagi pesakit dengan ketumbuhan negatif penerima estrogen (estrogen receptor negative tumours), terapi sistemik berguna adalah kimoterapi.
  7. bagi pesakit dengan ketumbuhan positif penerima estrogen (estrogen receptor positive tumours), terapi sistemik berguna adalah terapi hormon.
Bagi sesetengah tumor awal,rawatan sistemik tidak dicadangkan sekiranya ketumbuhan adalah negatif penerima hormon. Terapi radiasi dicadangkan bagi semua pesakit yang mempunyai lumpektomi, bagaimanapun rawatan radiasi selepas mastektomi hanya dicadangkan sekiranya empat atau lebih nod limfa (lymph nodes) terbabit jangkitan barah. Rawatan radiasi tidak dicadangkan bagi pesakit peringkat akhir (tahap  IV) kecuali bagi simptom (palliation) seperti sakit tulang.
Kesan emosi diognasa, simptom, rawatan, dan isu berkait boleh menjadi amat mendalam. Kebanyakan hospital mempunyai kaitan dengan kumpulan sokongan barah yang mampu membantu pesakit menghadapi dengan kebanyakan issue yang mungkin timbul dalam persekitaran saling membantu dengan mereka yang pernah melalui pengalaman yang serupa.
Kumpulan sokongan barah di talian juga memberi kebaikan bagi pesakit barah, terutama dalam mengendalikan masaalah ketidak pastian dan imej badan yang biasa pada rawatan barah.

Biologi Tentang Tumor Malignant

Karsinogen

Karsinogen ( Carcinogenesis ) (harafiannya: pencipta barah) adalah proses mengucar-kacir kadar pembelahan sel ( cell division ).
Barah adalah penyakit gen. Biasanya beberapa mutasi diperlukan sebelum sel menjadi sel barah. Proses yang terbabit termasuk kedua-dua onkogene ( oncogene ) dan gen pembantut tumor ( tumor suppressor gene ). Onkogene menggalakkan barah apabila "terpasang" oleh mutasi, sedangkan gen pembantut tumur ( tumor suppressor gene ) menghalang barah kecuali "dipadamkan" oleh mutasi. Translokasi khromosomal, seperti chromosome Philadelphia, adalah mutasi khas dan mungkin melibatkan gen onkogenes atau pembantut tumor.
Mutasi boleh disebabkan oleh pelbagai punca:
Virus memainkan peranan sekitar 15% bagi kesemua barah. Virus tumor biasanya membawa sebahagian onkogene atau gen nyahaktif pembantut tumor suppressor dalam genome mereka.
Ia mustahil untuk mengesan sebab sebenar awal kebanyakan barah. Bagaimanapun, dengan biologi molekular, ia boleh mencirikan mutasi dalam tumor, dan untuk tahap tertentu menjangkakan tindakannya. Sebagai contoh, anggaran separuh daripada tumor adalah kekurangan gen pembantut tumor p53, juga dikenali sebagai "penjaga genome". Mutasi ini dikaitkan dengan  prognosis lemah, kerana sel tumor tersebut sedikit kelihatan menuju kearah apoptosis (program kematian sel) apabila dirosakkan oleh terapi. Terdapat mutasi lain yang menjadikan tumor lebih merbahaya ( malignant ). Mutasi telomerase membolehkan sel tumor membahagi tanpa had. Mutasi lain membolehkan tumor menumbuhkan salur darah baru untuk membekalkannya, atau menanggalkannya dari tisu sekeliling, merebak kebahagian lain badan.
Sel tumor malignant, seperti karsinoma, sarcoma, lymphoma atau leukemia, mempunyai ciri-ciri unik:
Sel yang bertukar menjadi sel barah biasanya tidak mendapat ciri-ciri berikut serentak, tetapi sel keturunan pilihan semulajadi membinanya. Proses ini dikenali sebagai evolusi sellular. Langkah pertama dalam pertumbuhan sel tumor biasanya perubahan kecil dalam DNA, often a point mutation, which leads, among other things, to a genetic instability of the cell. The instability increases to a point where the cell loses whole chromosomes, or has double ones. Also, the DNA methylation pattern of the cell changes, activating and deactivating genes more or less at random. Sel yang membahagi pada kadar tinggi, seperti sel saraf tunjang (stem cell ), menunjukkan risiko lebih tinggi untuk bertukar menjadi sel barah berbanding yang kurang membahagi, sebagai contoh neuron. Jika sel tumur awal (atau kumpulan sel tumor) tidak dibuang oleh sistem imune, ia boleh menjadi sel barah.
Dalan sistem model sellular, sel terdedah kepada pengaruh karsinogenik (kimia, radiasi). dalam sistem ini, tanda awal sel berubah menjadi sel tumur adalah :
  1. Tidak mati. Jumlah pembahagian sel normal pada mamalia adalah 50-60 (cell senescence), kemudian ia berhenti berpecah. Sel tumor kekal membahagi.
  2. Perubahan morphologi.
  3. Pembentukan kelompok sellular (foci).
  4. Kehilangan pembantut sentuhan ( contact inhibition .# Faktor pertumbuhan yang sedikit atau tidak diperlukan Low or no need for growth factor.
Item 2-4 (di atas) kadang-kala boleh dijejak kepada mutasi dalam gen yang mengakibatkan ganguan pada sel adhesion. Sesetengah sel 'adhesion ) proteins adalah gen pembantut tumor ( suppressor gene ).

Metastasis

Barah mampu merebak keseluruh tubuh samada melalui pencerobohan tempatan atau metastasis jarak jauh. Penjajahan adalah melalui pemindahan langsung dan pembolosan oleh sel barah kedalam tisu bersebelahan. Metastasis adalah proses sel barah menembusi sistem lymph dan saluran darah, beredar melalui saluran darah, dan kemudiannya menjajah tisu normal dimerata tubuh. Barah adalah paling merbahaya apabila ia metastasizes. Apabila tisu maligant (malignant) dibuang melalui pembedahan, sesetengah nod lymph turut dibuang dan dibelah siasat bagi mendapatkan maklumat mengenai berapa banyak dan jauh barah telah merebak.
Perkembangan terbaru dalam perubatan mendapati sistem perubatan homeopati telah menyumbang banyak jasa dalam merawat kanser,sesetengah tahap kanser yang dianggap tiada harapan telah dapat dibantu dengan perubatan homeopati.


SISTEM URINARI / PERKUMUHAN

Sistem urinari/perkumuhan

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/da/Gray1120.png


Ginjal dilihat dari belakang tanpa tulang punggung.
Sistem urinari adalah sistem organ yang memproduksi, menyimpan, dan mengalirkan urin/air kencing. Pada manusia, sistem ini terdiri dari dua ginjal/buah pinggang, dua salur ureter, kandung kemih/pundi kencing, dua otot sphincter, dan uretra.

Ginjal/buah pinggang  adalah organ ekskresi dalam vertebrata yang berbentuk mirip kacang. Sebagai sebahagian dari sistem urinari, ginjal berfungsi menapis kotoran (terutama urea) dari darah dan membuangnya bersama dengan air dalam bentuk urin/air kencing. Bidang perubatan yang mempelajari ginjal dan penyakitnya disebut nefrologi.

Anatomi asas

Lokasi

Manusia memiliki sepasang ginjal yang terletak di belakang perut atau abdomen. Ginjal ini terletak di kanan dan kiri tulang belakang, di bawah hati dan limpa. Di bahagian atas (superior) ginjal terdapat kelenjar adrenal (juga disebut kelenjar suprarenal).
Ginjal bersifat retroperitoneal, yang bererti terletak di belakang peritoneum yang melapisi rongga abdomen. Kedua ginjal terletak di sekitar vertebra T12 hingga L3. Ginjal kanan biasanya terletak sedikit di bawah ginjal kiri untuk memberi tempat untuk hati.
Sebagian dari bagian atas ginjal terlindungi oleh iga/tulang selangka ke sebelas dan duabelas. Kedua ginjal dibungkus oleh dua lapisan lemak (lemak perirenal dan lemak pararenal) yang membantu meredam goncangan.


Potongan membujur ginjal

Struktur detail

Pada orang dewasa, setiap ginjal memiliki ukuran panjang sekitar 11 cm dan ketebalan 5 cm dengan berat sekitar 150 gram. Ginjal memiliki bentuk seperti kacang dengan lekukan yang menghadap ke dalam. Di setiap ginjal terdapat bukaan yang disebut hilus yang menghubungkan arteri renal, vena renal, dan ureter.

Organisasi

Bahagian paling luar dari ginjal disebut korteks, bahagian lebih dalam lagi disebut medulla. Bahagian paling dalam disebut pelvis. Pada bahagian medulla ginjal manusia dapat pula dilihat adanya piramida yang merupakan bukaan saluran pengumpul. Ginjal dibungkus oleh lapisan jaringan ikat longgar yang disebut kapsula.
Unit fungsional dasar dari ginjal adalah nefron yang berjumlah lebih dari satu juta buah dalam satu ginjal normal manusia dewasa. Nefron berfungsi sebagai regulator air dan zat terlarut (terutama elektrolit) dalam tubuh dengan cara menyaring darah, kemudian menyerap semula cairan dan molekul yang masih diperlukan tubuh. Molekul dan sisa cairan lainnya akan dibuang. Reabsorpsi dan pembuangan dilakukan menggunakan mekanisme pertukaran lawan arus dan kotranspor. Hasil akhir yang kemudian diekskresikan/kumuhkan disebut urin/air kencing.
Sebuah nefron terdiri dari sebuah komponen penyaring yang disebut korpuskula (atau badan Malphigi) yang dilanjutkan oleh saluran-saluran (tubulus).
Setiap korpuskula mengandung gulungan kapiler darah yang disebut glomerulus yang berada dalam kapsula Bowman. Setiap glomerulus mendapat aliran darah dari arteri aferen. Dinding kapilari dari glomerulus memiliki pori-pori untuk filterasi atau penyaringan. Darah dapat disaring melalui dinding epitelium tipis yang berpori dari glomerulus dan kapsula Bowman kerana adanya tekanan dari darah yang mendorong plasma darah. Filtrat yang dihasilkan akan masuk ke dalan tubulus ginjal. Darah yang telah tersaring akan meninggalkan ginjal melalui arteri eferen.
Di antara darah dalam glomerulus dan ruangan berisi cairan dalam kapsula Bowman terdapat tiga lapisan:
  1. kapilari selapis sel endotelium pada glomerulus
  2. lapisan kaya protein sebagai membran dasar
  3. selapis sel epitel melapisi dinding kapsula Bowman (podosit)
Dengan bantuan tekanan, cairan dalam darah didorong keluar dari glomerulus, melewati ketiga lapisan tersebut dan masuk ke dalam ruangan dalam kapsula Bowman dalam bentuk filtrat glomerular.
Filtrat plasma darah tidak mengandung sel darah ataupun molekul protein yang besar. Protein dalam bentuk molekul kecil dapat ditemukan dalam filtrat ini. Darah manusia melewati ginjal sebanyak 350 kali setiap hari dengan laju 1,2 liter seminit, menghasilkan 125 cc filtrat glomerular seminit. Laju penyaringan glomerular ini digunakan dalam diagnosa fungsi ginjal.


Jaringan ginjal. Warna biru menunjukkan satu tubulus
Tubulus ginjal merupakan lanjutan dari kapsula Bowman. Bahagian yang mengalirkan filtrat glomerular dari kapsula Bowman disebut tubulus konvulasi proksimal. Bahagian selanjutnya adalah lengkung Henle yang bermuara pada tubulus konvulasi distal.
Lengkung Henle diberi nama berdasar penemunya iaitu Friedrich Gustav Jakob Henle di awal tahun 1860-an. Lengkung Henle menjaga gradien osmotik dalam pertukaran lawan arus yang digunakan untuk filtrasi. Sel yang melapisi tubulus memiliki banyak mitokondria yang menghasilkan ATP dan memungkinkan terjadinya transfortasi aktif untuk menyerap kembali glukosa, asam amino, dan berbagai ion mineral. Sebahagian besar air (97.7%) dalam filtrat masuk ke dalam tubulus konvulasi dan tubulus kolektivus melalui osmosis.
Cairan mengalir dari tubulus konvulasi distal ke dalam sistem pengumpul yang terdiri dari:
  • tubulus penghubung
  • tubulus kolektivus kortikal
  • tubulus kloektivus medularis
Tempat lengkung Henle bersentuhan dengan arteri aferen disebut aparatus juxtaglomerular, mengandung macula densa dan sel juxtaglomerular. Sel juxtaglomerular adalah tempat terjadinya sintesis dan sekresi renin
Cairan menjadi makin pekat di sepanjang tubulus dan saluran untuk membentuk urin, yang kemudian dibawa ke kandung kemih/pundi kencing melalui ureter.

Fungsi homeostasis ginjal

Ginjal mengatur pH, konsentrasi ion mineral, dan komposisi air dalam darah.

Ginjal mempertahankan pH plasma darah pada kisaran 7,4 melalui pertukaran ion hidronium dan hidroksil. Akibatnya, urin yang dihasilkan dapat bersifat asam pada pH 5 atau alkalis pada pH 8.
Kadar ion natrium dikendalikan melalui sebuah proses homeostasis yang melibatkan aldosteron untuk meningkatkan penyerapan ion natrium pada tubulus konvulasi.
Kenaikan atau penurunan tekanan osmotik darah kerana kelebihan atau kekurangan air akan segera dikesan oleh hipotalamus yang akan memberi signal pada kelenjar pituitari dengan umpan balik negatif. Kelenjar pituitari mensekresi hormon antidiuretik (vasopresin, untuk menekan sekresi air) sehingga terjadi perubahan tingkat absorpsi air pada tubulus ginjal. Akibatnya konsentrasi cairan jaringan akan kembali menjadi 98%.

Penyakit dan ketidaknormalan

Bawaan

Didapati

Dialisis dan transplantasi ginjal

Umumnya, seseorang dapat hidup normal dengan hanya satu ginjal. Bila kedua ginjal tidak berfungsi normal, maka seseorang perlu mendapatkan suatu Terapi Pengganti Ginjal (TPG). TPG ini dapat dilakukan baik bersifat sementara waktu maupun terus-menerus. TPG terdiri dari Hemodialisis (Cuci Darah), Peritoneal Dialisis (Cuci Rongga Perut) dan Cangkok Ginjal (transplantasi). Prinsip dasar dari Hemodialisis adalah dengan membersihkan darah dengan menggunakan Ginjal Buatan. Sedangkan Peritoneal dialisis menggunakan Selaput rongga perut (peritoneum) sebagai saringan antara darah dan cairan Dianial.
Transplantasi ginjal sekarang ini perkara biasa. Transplantasi yang berhasil pertama kali diumumkan pada 4 Mar1954 di Hospital Peter Bent Brigham di Boston, Massachusetts. Operasi ini dilakukan oleh Dr. Joseph E. Murray, yang pada 1990 menerima Penghargaan Nobel dalam fisiologi atau kedoktoran.
Transplantasi ginjal dapat dilakukan secara "cadaveric" (dari seseorang yang telah meninggal) atau dari donor yang masih hidup (biasanya anggota keluarga). Ada beberapa keuntungan untuk transplantasi dari donor yang masih hidup, termasuk kesesuaian lebih bagus, donor dapat ditest secara menyeluruh sebelum transplantasi, dan ginjal tersebut cenderung memiliki jangka hidup yang lebih panjang. [1].

Statistik transplantasi ginjal

Negara
Transplantasi kadaverik
Transplantasi donor hidup
Transplantasi total

Kanada
724
388
1,112 (tahun 2000)
[2]
Perancis
1,991
136
2,127 (tahun 2003)
[3]
Itali
1,489
135
1,624 (tahun 2003)

Sepanyol
1,991
60
2,051 (tahun 2003)

Britain
1,297
439
1,736 (tahun 2003)
[4]
USA
8,670
6,468
15,138 (tahun 2003)
[5]

Lihat pula

Sistem Reproduksi

Sistem Reproduksi Lelaki


Sistem Reproduksi lelaki.
Sistem Reproduksi lelaki merupakan satu siri organ yang terletak di luar tubuh berhampiran dengan kawasan pelvis lelaki.
Peranan lelaki dalam pembiakan ialah pemancutan sperma ke dalam faraj perempuan. Sperma itu mensenyawakan telur dalam tubuh perempuan, dan telur yang tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

 Testis

Setiap lelaki mempunyai dua biji testikel yang terletak di dalam pundi yang digelarkan "skrotum". Skrotum pula terletaknya di luar rongga abdomen lelaki kerana suhu badan dalam tubuh adalah terlalu tinggi untuk menghasilkan sperma yang berdaya hidup. Di atas organ ini ialah epididimis yang merupakan tempat simpanan untuk sperma yang dihasilkan.
Sewaktu fetus, testis memulakan perkembangannya di dalam rongga abdomen tetapi akan menurun ke dalam pundi skrotum semasa dua bulan terakhirnya sebelum dilahir.

Zakar

Zakar mempunyai rakis yang panjang serta hujung yang lebih besar. Hujung ini digelarkan glans penis. Zakar ialah organ persetubuhan lelaki. Sewaktu syahwat lelaki dibangkitkan, zakarnya akan menjadi tegang dan tersedia untuk persetubuhan. Ketegangan ini terjadi kerana sinus darah di dalam tisu erektil zakar diisikan dengan darah. Arteri-arteri zakar akan mengembang, sedangkan vena akan memampat, supaya darah dapat mengalir ke dalam tisu erektil di bawah tekanan.

Sperma & air mani

Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor. Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum, sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga. Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus. Hujung nukleus itu diliputi dengan penutup yang dipanggil akrosom dan mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan. Seorang lelaki yang normal biasanya menghasilkan beberapa ratus juta sperma setiap hari. Sperma dihasilkan secara berterusan sepanjang hayat pembiakan lelaki, walaupun penghasilannya menyusut dengan umur.
Sewaktu pemancutan, sperma meninggalkan zakar melalui bendalir yang digelar "air mani". Bendalir ini dihasilkan oleh tiga jenis kelenjar:
Setiap komponen air mani mempunyai fungsi yang tertentu. Sperma lebih berdaya hidup dalam larutan yang beralkali. Oleh sebab itu, air mani mempunyai pH yang cenderung sedikit beralkali. Air mani juga bertindak sebagai sumber tenaga untuk sperma dan mengandungi kimia-kimia yang menyebabkan uterus mengecut.

Pemancutan

Sewaktu perangsangan seks semakin teguh, sperma akan masuk ke dalam uretra. Air mani, iaitu sperma dalam bendalir, berada di dalam uretra, pengecutan otot yang ritmik akan menyebabkannya dipancut dari zakar. Sewaktu pemancutan, pundi kencing akan ditutup supaya tiada kencing akan memasuki uretra. Pengecutan yang memancutkan air mani merupakan sebahagain orgasma lelaki. Terdapatnya lebih daripada 400 juta sperma di dalam 3.5 mililiter air mani yang dikeluarkan sewaktu pemancutan. Bagaimanapun, persenyawaan masih boleh terjadi jika bilangan sperma adalah lebih rendah.
Selepas pemancutan dan/atau kehilang kebangkitan nafsu berahi, zakar akan kembali ke keadaan lembik yang normal, dan lelaki itu lazim mengalami satu tempoh masa yang digelarkan "tempoh refraktori" yang mana perangsangan tidak akan menyebabkan ketegangan zakar.

Sistem Reproduksi Perempuan



 Sistem pembiakan perempuan.
Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama:
  • faraj dan uterus, yang bertindak sebagai bekas untuk sperma lelaki; dan persetubuhan
  • ovari yang menghasilkan ovum; secara amnya, kesemua ovum dicipta sewaktu dilahir.
Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia.
Pada lebih kurang setiap bulan, sebiji ovum akan menjadi matang melalui proses oogenesis dan dihantarkan ke uterus melalui salur falopia. Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan persenyawaan biasanya terjadi di dalam salur falopia, tetapi juga boleh terjadi di dalam uterus. Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia memulakan proses embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di luar rahim, serviks akan mengembang dan pengecutan uterus akan menolakkan fetus ke luar melalui salur lahir, iaitu faraj.
Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid.


Faraj

Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Ia merupakan tempat di mana air mani lelaki dimasukkan dalam tubuh perempuan sewaktu persetubuhan.

Serviks

Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj.
Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi di atas faraj.

Uterus

frames
Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia.
Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk mendapat makanannya daripada salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini. Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

Salur falopia

Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan permulaan kehamilan.

Ovari

Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan itu ke uterus.