Pages

Wednesday, February 6, 2013

Faktor Penyumbang Dan Punca Penyakit

Radikal Bebas Penyumbang Besar Punca  Sakit Kronik

    SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
       Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser. Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.
  
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas. Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

    Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
·  Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan arang hitam pada sate atau ikan bakar).
·  Minuman beralkohol.
·  Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
·  Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
·  Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
·  Sinaran ultra ungu.
·  Pencemaran alam sekitar.

     Penghasilan
radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.
    Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan
radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.

    Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan
radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.
Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
    Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.


 
 
Kekurangan oksigen dan badan berasid        

    
      Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel.




 
Ramai penyelidik dan pakar perubatan bersetuju bahawa pertahanan terbaik terhadap bakteria, virus dan penyakit kronik adalah badan yang beralkali. Keseimbangan pH badan adalah pertahanan pertama bagi sistem imun anda. Semakin ramai saintis mendapati bahawa bakteria, virus, fungi dan juga sel kanser dapat membiak dengan pantas dalam darah berasid tinggi, tetapi tidak dapat hidup dalam persekitaran alkali yang sihat. Jadi tahap pH yang ideal bagi badan manusia dan darah adalah antara 7.35 dan 7.45. Badan kita juga akan menjadi berasid daripada cara hidup yang berasid seperti cara pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, tekanan yang tinggi dan juga kekurangan tidur.

Tidak dapat dinafikan, minuman dan makanan yang kita ambil seharian sudah kurang nilai khasiatnya. Mengikut kajian, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 60 jenis zat galian disamping pelbagai vitamin. Kehadiran zat galian yang mencukupi adalah pemangkin kepada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh vitamin-vitamin di dalam badan. Dengan kata lain, badan perlu dilengkapkan dengan zat galian sebelum kita berfikir panjang tentang pengambilan vitamin. Persoalannya, mengapakah pengambilan vitamin-vitamin lebih dititikberatkan daripada pengambilan zat galian ? Mungkin kerana zat galian sukar didapati. Hakikatnya, kita telah banyak kehilangan zat galian ke dasar lautan akibat penggunaan tanah yang tidak seimbang.













Kanser Payudara Mampu Di Rawat

Tanda-tanda Kanser Payudara 

Gambar-gambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan. 

 

Ini menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada payudara kiri. Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan menghala ke bawah.
(Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan

Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit
 
Ini satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini benjolan disebabkan oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah kulit payudara.
Puting kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh dilihat ketika kedua lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun, ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan diangkat ke atas kepala. (seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah diterangkan. Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan langkah-langkah seperti melihat kedudukan puting semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. 
Terdapat satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara kiri (di sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’ atau lekukan. Lekukan kulit ini jelas kelihatan walaupun lengan diletak di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan semasa lengan diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan kulit daripada sudut tepi.
Lekukan kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara anda. Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’ pemeriksaan sendiri payudara.
Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.
Bandingkan kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan gambar) tertarik ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan. Gambar di sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut tepi.
Satu lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting) Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.
Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.

Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara

Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).  Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui.  Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara.  Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya.  Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm.  Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada). 
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.  Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.