Tanda-tanda Kanser Payudara
Gambar-gambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser
payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana
tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka
terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang
ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan
tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri
payudara setiap bulan.
![]() |
Ini
menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada
payudara kiri. Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan
menghala ke bawah.
|
![]() |
(Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan
Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit |
![]() |
Ini
satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini
benjolan disebabkan oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini
tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah kulit payudara.
|
![]() |
Puting
kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh
dilihat ketika kedua lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun,
ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan diangkat ke atas kepala.
(seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting
jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah
diterangkan. Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan
langkah-langkah seperti melihat kedudukan puting semasa melakukan
pemeriksaan sendiri payudara.
|
![]() |
Terdapat
satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara
kiri (di sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’
atau lekukan. Lekukan kulit ini jelas kelihatan walaupun lengan diletak
di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan semasa lengan
diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan
kulit daripada sudut tepi.
|
![]() |
Lekukan
kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di
bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda
boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara anda.
Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’ pemeriksaan
sendiri payudara.
|
Kulit
kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser
payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini
merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.
|
![]() |
Bandingkan
kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan gambar) tertarik
ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan. Gambar di
sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut tepi.
|
![]() |
Satu
lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini
bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting)
Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.
|
![]() |
Dua
lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit
payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai
lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini
akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit.
Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau
yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting
ke dalam.
Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara
Sehinggalah
waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit
tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada
peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap
kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas
penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi.
(Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan
diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa
untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph
nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang
perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila
jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar
kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat
dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan
yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh
daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2,
30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.
|
No comments:
Post a Comment